Pilihkan jawapan yang betul.
1. Yati ______________ menyiapkan kerja sekolahnya sebelum keluar main.
A. telah C. pernah
B. masih D. sedang
2. Semua jemputan ______________ pulang ke rumah masing-masing selepas makan.
A. sudah C. pernah
B. masih D. sedang
3. Negara kita _____________ berada di bawah jajahan Portugis suatu ketika dahulu.
A. akan C. pernah
B. masih D. sedang
4. “Kamu _____________ pergi bermain,” kata ibu kepada adik.
A. mesti C. dapat
B. boleh D. hendak
5. Ahli jawatankuasa Hari Kantin _______________ berbincang di bilik mesyuarat.
A. harus C. dapat
B. belum D. sedang
6. Aslan masih _____________ mencuci kasut sekolahnya yang kotor.
A. akan C. dapat
B. mesti D. belum
7. Sabun pencuci pakaian itu tidak ______________ menghilangkan kotoran pada pakaian itu.
A. mesti C. sudah
B. boleh D. masih
8. Datuk bersiap sedia _____________ ke kebunnya di hujung kampung.
A. harus C. belum
B. masih D. hendak
Jawapan :
ReplyDelete1.A
2.A
3.B
4.B
5.D
6.D
7.B
8.D
Sue Wei , soalan 3 telah salah, sila ambil perhatian dan buat pembetulan! harap anda berjaya menjawab soalan itu .
ReplyDeleteMinta maaf cikgu,
ReplyDeleteSoalan 3 jawapannya sepatutnya ialah C.