Pilihkan jawapan yang betul.
1. ____________ buah yang kamu suka makan?
A. Bilakah C. Apakah
B. Siapakah D. Kenapakah
2. ___________ Firdaus tidak hadir ke majlis hari jadi kamu semalam?
A. Apakah C. Berapakah
B. Siapakah D. Mengapakah
3. __________ pendaki wanita Malaysia yang Berjaya menawan puncak Everest?
A. Bagaimanakah C. Siapakah
B. Di manakah D. Apakah
4. __________ pendapat kamu tentang hal ini?
A. Apakah C. Berapakah
B. Siapakah D. Bagaimanakah
5. _________ bahan-bahan yang digunakan oleh tukang masak itu untuk memasak sup sirip ikan?
A. Mengapakah C. Apakah
B. Berapakah D. Bilakah
6. _________ harga bangle yang diiklan dalam Warta Harian?
A. Apakah C. Di manakah
B. Berapakah D. Mengapakah
7. “_________ emak berpakaian cantik dan bersolek?” tanya kakak kepada emak.
A. Apakah C. Berapakah
B. Siapakah D. Mengapakah
8. ___________ yang akan menjuarai pertandingan pidato itu?
A. Bilakah C. Siapakah
B. Apakah D. Mengapakah
jawapan:
ReplyDelete1.C
2.D
3.C
4.A
5.C
6.B
7.D
8.C
Syabas, cikgu ucapkan kepada Sue Wei, kerana jawapan anda telah betul, teruskan usaha anda^^
ReplyDelete