Saturday, 12 November 2011

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Ia terbahagikan kepada tiga kategori.
a)      Kata ganti nama pertama
Contoh: saya, aku, beta, patik hamba, kita, kami

b)      Kata ganti nama kedua
Contoh: awak, anda, engkau, tuanku, cik, encik, kamu, kalian

c)       Kata ganti nama ketiga
Contoh: dia, ia, beliau, baginda, mereka

Penggunaan
Kata ganti nama pertama
Kata ganti nama kedua
Dengan orang yang rapat
aku
awak
Digunakan dalam suasana yang rapat
saya
anda
Bercakap dengan raja / sultan
patik / hamba *
tuanku
Digunakan oleh raja / sultan bertitah kepada rakyat
beta
-
Digunakan untuk diri orang dewasa
-
cik / encik **
Digunakan untuk orang kedua yang sebaya atau kepada orang yang lebih muda
-
kamu
Bentuk jamak
kami / kita ***
kalian

·         * patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan  raja / sultan
·         *hamba digunakan untuk diri sendiri pada zaman dahulh
·         ** cik digunakan untuk perempuan
·         ** encik digunakan untuk lelaki
·         *** kami  merujuk kepada orang yang bercakap serta orang yang mendengar
·         *** kita merujuk kepada diri sendiri serta temannya apabila bercakap dengan orang lain. 

Penggunaan
Kata ganti nama ketiga
Digunakan untuk orang biasa dan rakan
dia / ia
Digunakan untuk orang yang dihormati
beliau
Digunakan untuk raja / sultan
baginda
Bentuk jamak
mereka

No comments:

Post a Comment