Tuesday 8 November 2011

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah nama sekhususnya bagi suatu objek. Seperti kata nama am, ia juga boleh dibahagi kepada 5 kumpulan. Iaitu, orang, haiwan, benda, tumbuh-tumbuhan dan juga tempat.

Contohnya,

Orang: Ahmad, Ali, Fatimah, Siti, Doktor Lim, Cikgu Tee
Haiwan: Sang Kancil, Si Putih, Mimi
Benda: Proton Wira (kereta), Kamus Dewan (judul buku), Sekolah Jenis Kebangsaan Chi Wen (nama bangunan)
Tumbuh-tumbuhan: Bunga Raya, Bunga Tulip, Bunga Sepatu
Tempat: Kampung Baru, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment