Tuesday, 8 November 2011

Latihan Kata Nama Am 2


Ingin menguasai Kata Nama Am? Marilah menjawabkan soalan berikut.

Bulatkan KATA NAMA AM dari ayat-ayat berikut.
1)      Kerusi itu berwarna hitam.
2)      Nama kucing saya ialah Mimi.
3)      Monyet suka makan pisang.
4)      Adik sedang membaca buka.
5)      Ayah saya ialah seorang doktor.
6)      Cikgu bekerja di sekolah.
7)      Mereka sedang bermain guli di tepi rumah.
8)      Murid-murid suka bermain bola di padang.
9)      Ah Meng selalu bersiar-siar di taman pada waktu petang.
10)   Ayah membeli sebuah komputer yang baru untuk abang.
Adakah anda jawab dengan betul? Marilah semakkan jawapan anda.
Jawapan:

1.        Kerusi
2.        kucing
3.        Monyet, pisang
4.        Adik, buku
5.        Ayah, doktor
6.        Cikgu, sekolah
7.        Guli, rumah
8.        Murid-murid, bola, padang
9.        taman
10.     Ayah, komputer, abang

No comments:

Post a Comment