Thursday 17 November 2011

Latihan Kata Hubung

Jawabkan soalan berikutnya.
1.      Ratna berasa gembira _______________ mendapat piala di pertandingan itu.
2.      Encik Gunalan masuk ke dalam basnya_______________ menghidupkan enjin.
3.      Puan Wati menasihati anaknya, Usna _______________ tidak mudah berputus asa.
4.      Kakak Mawar membaca buku _________________ mendengar radio.
5.      “Kamu hendak membeli pemadam _______________ pensel?” Tamya ibu kepada kakak.
6.      Dollah berasa lapar __________________ dia tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.
7.      Semua peserta sudah hadir _________________ Gopal.
8.      Wajah Wai Peng kelihatan pucat lesi _________________ mengalami cirit-birit.

1 comment:

  1. Jawapan:
    1. kerana
    2. lalu
    3. supaya
    4. sambil
    5. atau
    6. tetapi
    7. kecuali
    8. kerana

    ReplyDelete