Monday 14 November 2011

Latihan kata kerja

Untuk menjawabkan soalan kata kerja, anda boleh mendapatkan bantuan dari objek ataupun penerangan.

1 Kamu tidak sepatutnya _____________ hal itu daripada pengetahuan saya.







A  memberitahu 

B  merahsiakan
C  menyemak 

D  menulis







2 Ayam betina itu sedang _____________ telur-telur di sangkaknya.
A  mengait

B  mencakar
C  mengeram

D  menyimpan







3 Beberapa orang pekerja sedang ______________ barang-barang dari lori itu lalu menyimpan di dalam gudang.




A  memungut

B  menyusun
C  memunggah

D  menaikkan







4 Soalan yang dikemukakan oleh cikgu itu masih belum ______________ lagi.







A  berlakon

B  berjawab
C  bercakap 

D  bersyarah







5 Pak Cik Ridzuan _______________ jawatan yang penting dalam pertubuhan itu.






A  menghakimi 

B  mengmpul
C  menyerang 

D  memegang







6 Burung helang __________ anak ayam yang sedang mencari makanan di padang.






A  menarik

B  merentap
C  merampas

D  menyambar







7 Mah Mah sedang ___________ air kopi untuk Badrul.

A  merebus

B  memasak
C  menjerang

D  membancuh






8 Guru-guru sedang ___________ tentang masalah disiplin murid.
A  berdoa


B  bermain
C  berbincang

D  berdamai







9 Kamarul dan Nizam sedang __________ tali ampaian yang kendur
itu.





A  menarik 

B  mengikat 
C  meregang 

D  merentang







10 Chee Fang ___________ nasi perlahan-lahan kerana bibirnya luka. 
A  menyuap

B  menyudu 
C  menggigit

D  mengunyah

Semakkan jawapan anda di dalam "comment"

1 comment: